Tips dan Petua Pancing

Information

Tips dan Petua Pancing

Ruangan buat berkongsi tips2 dan petua pancing.Harap gang dapat berkongsi pengalaman, sebagai panduan bersama.Salam

Members: 28
Latest Activity: Apr 15, 2016

Discussion Forum

10 Teknik Dasar Memancing

Started by Kay Eve. Last reply by swaaddco Apr 15, 2016. 2 Replies

Memancing memang sebuah hobi yang menyenangkan namun banyak dari kita yang belum paham benar teknik-teknik dasar dalam memancing, ya meskipun termasuk dalam hobi akan lebih afdol jika kita mengetahui…Continue

Tags: Fishing

Fishing Tackle Guidelines

Started by Felly Rahman Sep 11, 2014. 0 Replies

Continue

Tags: Fishing

Umpan Jitu Mancing Dilaut

Started by Fishingman Sep 9, 2014. 0 Replies

Umpan Jitu Mancing Dilaut – Memancing di laut sangat berbeda dengan memancing di…Continue

Tags: Fishing

Surf Fishing

Started by Aslin pancing Jul 31, 2014. 0 Replies

Calmness and serenity is experienced close to nature and for coastal anglers, surf fishing is sheer bliss with surf booming close by, cool breeze to blow off the heat and with nobody in the vicinity.…Continue

Tags: Fishing

Comment Wall

Comment

You need to be a member of Tips dan Petua Pancing to add comments!

Comment by Sharol Ariff on August 13, 2013 at 3:23am

Tahan nafas, jangan bergerak bila ular hendak mematuk

Oleh Nordin bin Misnan

SERING kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya  tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan “First aid” perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor.

SERING kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya  tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan “First aid” perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor.
   Ruangan petua kali ini membicarakan ular kerana bisanya boleh membawa maut kepada mangsa. Bagi warga emas Mat Ali Siku dari Kampung Kuala Pah, Kuala Kelawang, Negeri Sembilan kepakarannya menawar bisa ular tiada tandingan dan tidak hairanlah dia diberi jolokan Pak Ali Ular.
   Mengakui memperoleh ilmu ular menerusi mimpi, warga emas berusia 73 tahun ini sering dipanggil jika rumah jiran-jirannya dikunjungi tetamu tidak diundang itu. Menurutnya, jangan sesekali bermain dengan ular kerana ia boleh mendatangkan musibah jika berlagak berani.

   Kemampuannya menangkap pelbagai spesis ular berbisa seperti Tedung Selar, Ular Kapak, Ular Sawa dan banyak lagi menjadi bualan penduduk kampung. Pesannya kepada pemancing yang suka memancing pada waktu malam jika terserempak dengan ular berbisa seperti tedung selar atau ular kapak jangan menggerakkan badan dan jika boleh tahan bernafas.
   Ular berbisa seperti tedung selar boleh mengesan mangsanya dengan deria haba yang dihembus. Biasanya ular yang sedia hendak mematuk akan berdiri, jadi jangan sesekali mengacahnya.
   Biar ular itu turun ke tanah sendiri dan biarkan ia pergi. Pesannya, bila meredah hutan pada waktu malam pakai kasut getah yang tinggi, ini kerana ia mampu melindungi peha kita dari dipatuk ular berbisa. Jika seseorang dipatuk ular, ikat dengan kuat menggunakan kain atau tali bahagian patukan itu.
  Cara ini, dapat melambatkan bisa ular meresap ke saluran darah. Sedut dengan sekuat hati pada tempat anggota badan anda yang dipatuk ular tadi dan meludahnya supaya bisa berkenaan dapat d***luarkan. Kemudian, perlu rujuk ke klinik atau pusat perubatan berdekatan.
   Kepada mereka yang kerap memancing pada waktu malam, beliau mengingatkan supaya berhati-hati lihat keadaan sekeliling sebelum melabuhkan joran.

Comment by Sharol Ariff on August 13, 2013 at 3:22am

Jangan memancing ketika petir

Oleh Nuri Angkasa

KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.

KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.
   Petua Pak Nuri kali ini mengajak pemancing berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai cuaca sebelum mereka memancing - sama ada di laut, sungai, tasik, parit atau kolam komersial.
   Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sab***-menyab***, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik.

   Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.
   K**pulan pemancing yang menggelarkan diri mereka ‘Pemburu Ombak’ yang d***tuai anak keluarga nelayan, Atan Lintang, pernah mengalami peristiwa disambar petir pada batang joran pancing yang menggunakan kekili elektrik. Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu jatuh pengsan, tapi segera dipulihkan rakan pemancing yang berpengalaman.
   Sehub***an itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, Pak Nuri berpesan pemancing mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.
   Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:58am

Petua naikan pari

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:57am

Petua : Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor seb***kus) Selepas itu letakkan b***kusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dib***kus selama

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:56am

Petua: Sawit peram umpan kelah, tengas

BUAH kelapa sawit lazimnya digunakan sebagai minyak masak tetapi bagi  kaki pancing, ia dikatakan paling mujarab buat memikat ikan kelah (tor  tambroides) yang terdapat di empangan atau sungai.

Namun ia perlu diperam bagi tempoh tertentu dengan memilih buah  yang cukup masak dan mempunyai kadar minyak yang tinggi menggunakan air  yang tidak mempunyai klorin selama tiga atau empat hari sehingga  bertukar warna dan rasa.

Selepas itu, ia perlu dijemur di kawasan panas selama dua hari.

Kemudiannya, simpan umpan terbabit dalam guni gula atau tepung  sebelum turun memancing.    Proes pengoksidaan membuatkan buah sawit  tadi bertukar masam dan inilah umpan yang dikatakan mampu menarik selera  ikan kelah selain tengas dan lampan yang gemarkan ‘haruman’ buah kelapa  sawit ini.

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:56am

Petua: Hilangkan hanyir ikan air tawar

MENGHILANGKAN bau hanyir pada ikan air tawar kadang kala menjadi masalah  kecil kepada pemancing yang ingin menjadikan tangkapan mereka sebagai  juadah makanan atau sebagainya.

Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak  dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu  kerana bau hanyir terbabit.

Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa  darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam  air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit  limau tadi dan biarkan selama 10 minit.

Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa  bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang  digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.

Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan  bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan  itu. Kongsi petua/tip emel diarijoran@gmail.com.

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:54am

Keluar Rumah
Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing.

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:52am

Kata-kata Adalah Doa
Oleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa).

Comment by Fishingman on July 22, 2013 at 1:49am

 

Teknik Memancing Secara Asasnya Disemua Perairan

Casting (teknik  mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan  atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu  umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan. Umpan yang digunakan untuk  mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan  tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon). Ikan biasanya  menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik  ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika  mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping –  Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika  umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang  pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika  proses mengarau selepas lontaran. Karauan untuk aktiviti popping  lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan  melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang  dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di  kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam. Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging  – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan  yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan  timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna  garang dan terang yang luminous atau lutsinar. Teknik ini memerlukan  ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang  masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan  ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil  mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang  menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom  fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing  menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke  dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh  dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa.  Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan  terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan  ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang  berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling  – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada  kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung  kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu d***tahui, ada gewang yang  tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular  dilakukan siang hari.

Comment by Raju K**ar on July 12, 2013 at 12:58am

Tips for Beginner Fishermen

How to Get Started in Fishing

 

Fishing is a great activity to take up; it's fun to do and provides some exercise while getting you of the house. In case you are new to the sport I have written this article containing tips for beginner fishermen. The tips are for freshwater fishing because that is all I do or know about. The tips for beginner fishermen will contain some useful information and links to pertinent articles or websites. Also feel free to search here at Associatedcontent.com Associatedcontent.com for more articles about fishing.

  $10 for enough for a fishing trip.

  2 Don't fill your tackle box with a bunch lures or baits..For most freshwater fishing in the United States a box of worms or night crawlers will work well. I do lots cat fishing and use night crawlers or liver for that. For all the information you could ever need check out this article about the best site to help catch ole Mr. Whiskers.

  3 Pan fish are good targets for people will little or no fishing experience. A pan fish is simply a fish that fits easily in a pan. Around here in North Carolina we fish for Bream or Crappie which are pan fish that are easy for fishermen of all skill levels to catch.

  4 A good tip for beginning fishermen is to fish cover. If you are in a boat or bank fishing, cover often contains fish. Fish where you see a tree over the water or a rock or under a boat dock. Little fish feel safe in cover and big fish go there to eat them!

  5 Don't do all you shopping at Walmart even though they are cheaper. Go to your local bait and tackle store. Ask the owner or clerk what kind of equipment and bait to use for your local waters. It is in their best interest for you to do well in hopes of you buying more from them in the future. So they will be glad to give you advice on how and where to catch fish. I hope yWalmarty these tips for beginner fishermen on Associatedcontent.com and please leave me a comment.

Source

 

Members (28)

 
 
 

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 12, 2016 at 4:48am. Last updated by Kaki Fishing Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 21, 2015 at 10:27pm. Last updated by Kaki Fishing Aug 16, 2015.

Control of excessive online marketing and spamming activities

Dear members,

It has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community guidelines as well as our terms of service. We would greatly appreciate it if such unwanted activities be stopped immediately as this site is meant for members to share their common interest and is a place where all members feel comfortable. Please also be…

Continue

Created by Kaki Fishing May 11, 2013 at 1:09pm. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Kaki Fishing May 8, 2013 at 3:25am. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Report Abuse

Repoort an Abuse and Report any issues.

Continue

Created by Network Admin Nov 4, 2012 at 5:42am. Last updated by ShaiKlin Dec 20, 2012.

    Dunia Seram

    Anglers File

Tiger GPS

Outdoorplay.com - Free Shipping, Huge Savings!

The World's Largest Knife Showplace

Whazzup-U.com

Phyto Science Biz

 

Gofishtalk Mobile App

 

App for your Android device,
 
 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Sharol Mohd.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service