Tips dan Petua Pancing

Information

Tips dan Petua Pancing

Ruangan buat berkongsi tips2 dan petua pancing.Harap gang dapat berkongsi pengalaman, sebagai panduan bersama.Salam

Members: 29
Latest Activity: Apr 29

Discussion Forum

10 Teknik Dasar Memancing

Started by Kay Eve. Last reply by swaaddco Apr 15, 2016. 2 Replies

Memancing memang sebuah hobi yang menyenangkan namun banyak dari kita yang belum paham benar teknik-teknik dasar dalam memancing, ya meskipun termasuk dalam hobi akan lebih afdol jika kita mengetahui…Continue

Tags: Fishing

Fishing Tackle Guidelines

Started by Felly Rahman Sep 11, 2014. 0 Replies

Continue

Tags: Fishing

Umpan Jitu Mancing Dilaut

Started by Fishingman Sep 9, 2014. 0 Replies

Umpan Jitu Mancing Dilaut – Memancing di laut sangat berbeda dengan memancing di…Continue

Tags: Fishing

Comment Wall

Comment

You need to be a member of Tips dan Petua Pancing to add comments!

Comment by Ahamad Maidin on September 8, 2013 at 3:07am

Bisa Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
Comment by Ahamad Maidin on September 8, 2013 at 3:06am

Bangun Awal Pagi

Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah.
Saya pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudah berusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambil melakukan senaman ringan di halaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.
Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masih berembun bagi mendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuh adalah satu amalan yang kurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.
Menurut Pak Uyup, nelayan tertua di kampung Dumpar Muar, yang dikatakan sudah mencecah usia 105 tahun masih mengamalkan bangun awal pagi kerana udara pagi belum tercemar.
“Walaupun tidak turun ke laut, tapi Atuk tetap bangun pagi dan tidak tidur selepas solat subuh,” Cerita Pak Uyup kepada penulis baru-baru ini sambil mengingatkan berkali-kali supaya air batu jangan diamalkan untuk minum terutama daripada ketul-ketul ais yang dicampur dalam gelas minuman.
“Minum air batu memang lazat untuk hilangkan dahaga, tapi kita tak akan rasa puas. Berbeza kalau kita meneguk teh o panas tanpa gula,” tambah orang tua itu sambil mempelawa penulis minum bersamanya dengan teh o panas.
“Minuman teh yang Atuk amalkan walau di mana Atuk pergi,” teh o tawar bagaikan penawar yang mengalir dalam tubuh dan terasa segarnya walau dalam keadaan bahang panas matahari ketika itu.
Daripada apa yang dapat saya timba amalan yang digunakan oleh Pak Uyup yang masih kuat ingatannya perlu dijadikan petua amalan bagi kita terutama pada kaki pancing yang terdedah dengan haus dahaga di tengah laut semasa memancing.
“Kita kena amalkan walaupun dirasakan perbuatan ini satu penyeksaan pada mulanya, tapi  pada penghujungnya adalah kebaikan.
“Sambil itu bangun tidur pada waktu awal pagi dan tidak mengulangi tidur sebaik selepas solat subuh perlu dijadikan amalan dan Allah berfirman dalam Al-Quran. - Telah aku taburkan rezeki yang banyak pada waktu awal pagi, berlumba-lumbalah kamu meninggalkan rumah untuk mencarinya dan akan aku gandakan rezeki itu jika kamu benar-benar ikhlas tidak mengulangi tidur hingga matahari terbit.
Comment by Ahamad Maidin on September 8, 2013 at 3:06am

Air Tawar

SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut kita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumb*** pelindung bot tidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot. Justeru langkah terbaik pemancing perlu mengunakan topi lebar (seperti pekebun sayur wanita cina). Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh juga sebaik-baik pakaian yang perlu digunakan. Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasa lembab berbanding dengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbuka kepada matahari menyebabkan kulit badan menjadi kering dan mudah menggelupas. Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhana dengan mengambil kira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkan angin laut yang terbuka. Tuala perlu dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air laut yang masin. Tuala basah di b***kus di kepala supaya bahagian kepala dapat bertahan daripada panas mata hari dan segarnya dapat bertahan lebih lama. Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air mineral) bukan yang disejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul ais untuk di minum sama. Ketul ais yang dibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untuk diminum. Pemancing juga tidak digalakan terus mandi dalam keadaan badan yang masih berbahang panas. Anda perlu mengambil masa untuk beberapa minit berihat sebelum mandi. Air tawar yang dibawa dari darat adalah terbaik untuk menghalang bahang panas matahari.
Comment by Ahamad Maidin on September 8, 2013 at 3:05am

Berkat Izin

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…InsyaAllah.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:38am

Menghilangkan Jerawat

 

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

 

Menghaluskan Kulit Muka

(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:37am

Menghilangkan Bau Mulut

 

Tumbuk lumat sepuluh kuntum b***a cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berk**ur hingga bersih. Lakukannya tiga kali sehari.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:37am

Menegangkan Kulit Muka

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:36am

Menurunkan Berat Badan

 

  1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
  2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:36am

Mengelak Keguguran Rambut

 

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak Pilihan 1: Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. Pilihan 2: Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.
Comment by Rapee Siakap on September 4, 2013 at 5:35am

Mengatasi Senggugut

.

 

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
  2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
 

Members (29)

 
 
 

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 12, 2016 at 4:48am. Last updated by Kaki Fishing Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 21, 2015 at 10:27pm. Last updated by Kaki Fishing Aug 16, 2015.

Control of excessive online marketing and spamming activities

Dear members,

It has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community guidelines as well as our terms of service. We would greatly appreciate it if such unwanted activities be stopped immediately as this site is meant for members to share their common interest and is a place where all members feel comfortable. Please also be…

Continue

Created by Kaki Fishing May 11, 2013 at 1:09pm. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Kaki Fishing May 8, 2013 at 3:25am. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Report Abuse

Repoort an Abuse and Report any issues.

Continue

Created by Network Admin Nov 4, 2012 at 5:42am. Last updated by ShaiKlin Dec 20, 2012.

    Dunia Seram

    Anglers File

Tiger GPS

Outdoorplay.com - Free Shipping, Huge Savings!

The World's Largest Knife Showplace

Whazzup-U.com

Phyto Science Biz

 

Gofishtalk Mobile App

 

App for your Android device,
 
 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Sharol Mohd.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service