Written by Geliga


Ekspedisi tiga hari berkonsep aktiviti kekeluargaan bawa kaki pancing terokai lubuk menarik


KUALA LUMPUR: Bagi mempromosikan pelancongan dalam negara terutama destinasi memancing, TV3 dengan kerjasama Unit Joran Berita Harian akan mengadakan ekspedisi tiga hari ‘Boat on The Road’ pada 7 Mei ini.

Kini dibuka untuk pendaftaran, ekspedisi itu dijangka menarik lebih 100 penyertaan, terutama pemilik kenderaan pacuan empat roda dengan tiga lokasi memancing menjadi pilihan.
Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, berkata ekspedisi itu berkonsepkan aktiviti keluarga dan peserta dilepaskan secara konvoi di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama ke destinasi cadangan seperti di Lumut dan Pulau Banding, Perak; Kuala Rompin, Pahang atau Kemaman di Terengganu. Bagaimanapun destinasi yang dipilih akan diumumkan tidak lama lagi.
“Peserta disyaratkan membawa (menarik) bot gentian kaca atau aluminium sendiri ke lokasi ditetapkan,” katanya pada sidang media di Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Produksi Majalah dan Dok**entari TV3, Zainal Ariffin Ismail; Pengarah dan Pengacara Jelajah Joran, Nasir Yusof; Pengurus Projek Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah dan Editor Lidah Pengarang Berita Harian, Mohd Kamal Ahmad.

Ahmad yang juga pengerusi program berkata, ekspedisi itu juga adalah sebagai tanda kerjasama antara TV3 dengan Berita Harian yang d***nali kerana kejayaan penganjuran acara tahunan pertandingan memancing, GP Joran.

Selain itu ekspedisi itu adalah untuk mempromosikan program terbaru terbitan TV3, Jelajah Joran yang bakal menemui penonton pertengahan bulan bulan depan.
Ahmad berkata, pada ekspedisi itu, penganjur mengamalkan dasar ‘siapa cepat dia dapat’ dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat dengan menghub***i Unit Joran Berita Harian atau melalui sisipan Joran setiap Sabtu atau Facebook di carian Joran.

Sementara itu, Nasir berkata, rancangan Jelajah Joran dipenuhi pelbagai maklumat aktiviti memancing serta mengajar penonton mengenai etika, panduan, produk terkini dan selok-belok memancing.

“Jelajah Joran yang disiarkan selama setengah jam memaparkan destinasi menarik seperti di Tasik Kenyir, Hutan Royal Belum dan perairan Laut China Selatan. Pada penghujung program disiarkan kaedah terkini memancing, kuiz berserta hadiah.

“Untuk menyertai kuiz, penonton perlu mendapatkan borang di sisipan Joran dan soalan yang diberikan berkisar mengenai sepanjang program berkenaan,” katanya.
Untuk maklumat mengenai ekspedisi itu, orang ramai boleh menghub***i Zainudin Ismail di talian 013-3310166 atau 03-22823131 (samb***an 4241/4242) dan Osman Lisut menerusi emel manjoran@yahooo.com atau 016-6359023.

Arkitel: Berita harian 2010/04/06

Views: 2

Reply to This

Badge

Loading…

Notes

Serious Spamming Issue

Dear members,

Google has detected serious user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 12, 2016 at 4:48am. Last updated by Kaki Fishing Apr 12, 2016.

User-generated spam

Dear members,

Google has detected user-generated spam on our site. Typically, this kind of spam is found on forum pages, guestbook pages, or in user profiles.

Time and time again, it has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community…

Continue

Created by Kaki Fishing Apr 21, 2015 at 10:27pm. Last updated by Kaki Fishing Aug 16, 2015.

Control of excessive online marketing and spamming activities

Dear members,

It has come to our attention that there have been a lot of excessive online marketing and spamming activities done on the site. We would like to remind all members that such activities goes against our community guidelines as well as our terms of service. We would greatly appreciate it if such unwanted activities be stopped immediately as this site is meant for members to share their common interest and is a place where all members feel comfortable. Please also be…

Continue

Created by Kaki Fishing May 11, 2013 at 1:09pm. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Appropriate profile name and photo

Please take note that through our observation we have noticed that some members  have been using inappropriate profile names and photos.Therefore we would like to remind these members to please use proper human names and refrain from using business entity names or products labels. We would also like to advised members not to upload explicit photos, or contents and risked their account being suspended or even deleted. Please keep all contents at PG-13 level so that each and every member can…

Continue

Created by Kaki Fishing May 8, 2013 at 3:25am. Last updated by Kaki Fishing May 11, 2013.

Report Abuse

Repoort an Abuse and Report any issues.

Continue

Created by Network Admin Nov 4, 2012 at 5:42am. Last updated by ShaiKlin Dec 20, 2012.

    Dunia Seram

    Anglers File

Tiger GPS

Outdoorplay.com - Free Shipping, Huge Savings!

The World's Largest Knife Showplace

Whazzup-U.com

Phyto Science Biz

 

Gofishtalk Mobile App

 

App for your Android device,
 
 

Scan The QR Code To Download

© 2017   Created by Sharol Mohd.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service